Sunday, 15 June 2014

Esok Adalah Masanya!!!

Esok.. 16/6/2014.. ingat tak ada apa? Esok tibalah masanya untuk menghadapi Exam Terjemahan Arab-Melayu-Arab.. nervous? orang Kedah cakap "ketaq" .. haha ..
Baiklah harapnya semua sahabat dapat menjawab peperiksaan besok dengan sebaik mungkin.  ^___^




Haaaa... jom la kita study Terjemahan-Arab-Melayu.. Bazlul Juhud semua!

*Allahhumma najihna fiddin fi kulli imtihan fi dunia wal akhirat*  :)

PADANAN TERJEMAHAN.

Menurut NIDA (1964): 
Memperkenalkan 2 jenis padanan, iaitu padanan formal dan padanan dinamis.

PADANAN FORMAL

Ø  Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana penulis asal.

Ø  Penterjemah akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.

Ø  Sebagai contoh: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.

Ø  Selain itu, kedudukan ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa diubah susunan dan bentuknya.

Ø  Pemeliharaan semua petunjuk formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi juga dititikberatkan dalam padanan ini.

Ø  Padanan formal memberi tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan perkataan – bermaksud menterjemah istilah tertentu daripada bahasa sumber dengan istilah yang sama.

PADANAN DINAMIS

Ø  Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran dan penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.

Ø  Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri serta lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.

Ø  Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya dan tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. Ianya lebih mementingkan makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.

Ø  Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu:
        Membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada kata nama kepada kata kerja misalnya.
        Penyesuaian leksikal ada kalanya diperlukan.
        Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin.

Ø  Padanan dinamik memberi impak yang jelas – ketepatan sesuatu mesej dalam konteks tertentu tidak hanya bergantung pada pencarian padanan formal yang melibatkan unsur-unsur bahasa sahaja, tetapi pengolahan dan penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya bahasa sasaran juga penting.



Nida (1964) juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan, iaitu:

        satu lawan satu
        satu lawan banyak
        banyak lawan satu

        satu lawan tiada

Saturday, 14 June 2014

APA KATA USTAZ TENTANG KATA TANYA?? JOM TENGOK!!


JOM LAYAN KARTUN KEJAP!!


JOM MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA!!!

KATA GANTI NAMA

Kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan orang, misalnya dia, saya, kamu.


MENTRJEMAH أنا :

أنا أحترم الكبير
Terjemahannya: saya/aku/beta/patik/hamba menghormati orang tua.


MENTERJEMAH نحن  :

 نحن نحترم الكبير
Terjemahannya: Kami/Kita (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH أنتَ :

أنتَ تحترم الكبير
Terjemahannya: Awak / kamu / anda / engkau (lelaki) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH أنتِ :

أنتِ تحترمين الكبير
Terjemahannya: Awak / kamu / anda / engkau (perempuan) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH أنتما  :

أنتما تحترمان الكبير
Terjemahannya: Awak / kamu/ anda / engkau (berdua (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.


MENTERJEMAHأنتم  :

أنتم تحترمون الكبير
Terjemahannya: Awak / kamu / engkau / anda (ramai / lelaki) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH أنتنَّ  :

أنتنَّ تحترمن الكبير
Terjemahannya: Awak / kamu / engkau / anda (ramai / perempuan) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH هو :

هو يحترم الكبير
Terjemahannya: Dia (lelaki) menghormati orang tua.


 MENTERJEMAH  هي  :

هي تحترم الكبير
Terjemahannya: Dia (perempuan) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH  هما:

هما يحترمان الكبير
Terjemahannya: Mereka (berdua – lelaki) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH هما :

هما تحترمان الكبير
Terjemahannya: Mereka (berdua - perempuan) menghormati orang tua.


MENTERJEMAH هم  :

هم يحترمون الكبير
Terjemahannya: Mereka (ramai - lelaki) menghormati orang tua.


MENTERJEMAHهنَّ  :

هنَّ يحترمن الكبير
Terjemahannya: Mereka (ramai - perempuan) menghormati orang tua.

MENTERJEMAH PERIBAHASA

Peribahasa Arab

Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:

قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة. (kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).

 Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu

1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas), السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).

2. al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.

Contoh al-mathal al-qiyasi:
إن من البيان لسحرا  , إيَّاكُم وخضراء الدِّمَن , لا يُلْدغ المؤمنُ من جُحْرٍ مَرّّتَيْن , الكلمة الطيبة صدقة  , التائب من الذنب كمن لا ذنب له  , إذا لم تستح فاصنع ما شئت  , اليد العليا خير من اليد السفلى

3. al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.

Peribahasa Melayu

Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).
  
Perumpamaan

Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan

Contohnya:
 Bagai ubur-ubur airnya hitam (daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).

Simpulan Bahasa

Ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada  makna asal yang dibawa oleh perkataan-perkataan tersebut.

Contohnya seperti makan gaji, bulan madu, kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas melakukan sesuatu sekehendak hatinya), senyum kambing dan sebagainya.

Bidalan

Peribahasa yang dicipta untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Contohnya:
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya (kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan)

Pepatah

Ungkapan yang berasal-usul daripada pusaka adat resam. Maknanya tidak berubah-ubah dan berfungsi sebagai pedoman hidup.

Contohnya:
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (bekerjasama dan tolong-menolong dalam semua pekerjaan, baik senang mahupun susah) (Ainon Mohd & Abdullah Hassan 2003: 4).

Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
Contoh: جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
Contoh:ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.

3. Teknik memperjelas makna.
Contoh:Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).

Contoh:هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati

MENTERJEMAH FRASA.

DEFINISI FRASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416).

Dalam bahasa Arab dipanggil al-`ibarah, ataupun al-tarkib.

Jenis Frasa / tarkib
Tarkib wasfi
Tarkib Idafi
`Ataf wa Ma`tuf Alayh
Badal wa Mubdal minhu
Taukid
Frasa Idiomatik / al-tarkib al-istilahi

1: Tarkib Wasfi (Sifah wa Mawsuf)

Contoh:  اللغة العربية
Terjemahannya: Bahasa Arab.

Sekiranya dalam tarkib wasfi itu, terdapat lebih daripada satu sifat, maka perkataan dan atau lagi boleh ditambah.

Contoh:الله الملك الحق
Terjemahannya: Allah yang Maha Berkuasa lagi / dan Maha Benar.

Kata dan atau lagi tidak perlu ditambah, kalau kata benda dan kata sifat yang pertama didapati tidak mempunyai hubungan sebagai benda (yang disifati) dan hal yang mensifati.

Contoh: نظام اخلاقي نظيف
Terjemahannya: sistem etika yang bersih.

Contoh lain: جاء الرجل الفاضل أبوه
Terjemahannya: Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang

2. Tarkib Idafi (Mudaf wa Mudaf Ilayh)

Kaedah Penterjemahan: boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun.

Contoh : وعي المسلمين
Terjemahannya: kesedaran umat Islam.

3. `Ataf dan Ma`tuf `Alayh

Frasa ini dapat difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Tidak ada masalah besar apabila menterjemahkan tarkib ini.

Contoh : هذه الحركة تحس للدعوة الصهيونية والاستعمارية .
Terjemahannya: Gerakan ini mengobarkan propaganda Zionisme dan imperialisme.

Sekiranya kata hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya boleh dipadankan dengan koma sahaja.

Contoh:وأقدّم الشكر لأصدقائي محمد وعلي وعمر
Terjemahannya:  Saya mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabatku; Muhammad, Ali dan Umar.

4: Badal wa Mubdal minhu

Contoh:سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتورمحمد نصران محمد إلى سنغافورة .
Terjemahannya:  Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.

Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad (badal)

5. Taukid
Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan عامة.

Contoh:كان أسلافنا عامتهم يتحدثون عن مفهوم دار الإسلام
Terjemahannya: Majoriti ulama kita dahulu pernah membincangkan konsep Dar al-Islam.

6. Frasa Idiomatik

Dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab.

Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
- Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِِ لِلرِّيح dengan maknaجَرَى وهَرَبَ  (lari /melarikan diri).
- Frasa nama, seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
- Frasa sendi, seperti بِرُمَّتِه  dengan makna كُلِّه وجَميعه  (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al 1996: ط)    

Contoh lain:

Tidak boleh diterjemahkan secara katawi.

·     -    frasa  رَغِبَ عَنْ  (tidak suka, tidak gemar, benci) dan رَغِبَ فِي  (gemar, suka).

-    - أخذَ بِيَد (فلان)  dengan makna أعانه وساعَده  (membantu dan menolongnya), (فلان) طويل اللسان  dengan makna بذيء وفاحش في القول  (kasar dan buruk kata-kata) dan وَضَعَهُ على الرَفِّ  dengan makna أَهْمَلَهُ وتَرَكَهُ  (mengabaikannya).

APA ITU JENIS-JENIS MAKNA???

JENIS-JENIS MAKNA

       Makna rujukan
       Makna leksikal
       Makna gramatikal
       Makna konteks
       Makna sosio-kultural
       Makna konotasi
       Makna emosi
       Makna figuratif

  MAKNA RUJUKAN

Tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna atau Makna tiap-tiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat. Contohnya:
Rumah → rumah banglo, rumah pangsa, rumah panjang, rumah kampung dan lain-lain.
 —    Makna menjadi jelas apabila ada konteks. Contohnya العين  :

عَيْنُ الطِفْلِ تُؤَلِّمُهُ

Maksudnya:
عَيْنُ  : mata penglihatan.

MAKNA LEKSIKAL

Ialah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang, peristiwa dan sebagainya.
Contohnya: perkataan bad membawa makna jahat, buruk, jelek, susah, tidak sedap,

  MAKNA GRAMATIKAL

Juga disebut makna fungsian atau makna tatabahasa, iaitu makna unsur linguistik yang dilihat dari fungsi tatabahasanya. Contoh: can ( dapat, tin, mengetinkan).

-                               They can the fish (berfungsi sebagai predikat dalam bentuk kata kerja (mengetinkan).

  MAKNA KONTEKS

Ialah makna yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan. Contohnya:

selamat pagi! (Boleh diterjemahkan kepada keluar! Apabila ia diucapkan oleh ketua kepada orang bawahannya yang selalu datang lambat ke pejabat).

  MAKNA SOSIO-KULTURAL

Makna sesuatu perkataan yang erat kaitannya dengan sosiobudaya pemakai bahasa. Contohnya:

marhusip dalam bahasa batak Toba mempunyai hubungan yang rapat dengan satu adat perkahwinan. Kalau diterjemahkan secara harfiah ke bahasa Indonesia menjadi berbisik.

  MAKNA KONOTATIF

Makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif atau makna rujukan dan melibatkan perasaan.

Perempuan, wanita, betina → makna konotasinya adalah berbeza.

  MAKNA EMOSI

Emosi sejenis makna. Contoh: Madu, babi, lembu, keldai, anjing, kekasih, curang → mendatang emosi yang pelbagai.

            Ada kalanya makna emosi menjadi tabu atau pantang disebut → makna pantangan.
            Contoh: Buaya → sang bedal.

            Makna emosi terdapat pada sebutan, perkataan, frasa, wacana, tema maklumat


  MAKNA FIGURATIF

Simpulan bahasa, kiasan, peribahasa, metafora, simile → ungkapan bersifat figuratif. Contohnya:

Ali berkaki ayam (tidak memakai selipar).

                Mulut murai (mulut becok).

Bagaimana pula menterjemah unsur budaya? Let's we go :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum.

Eh..apa itu unsur budaya? perlu ke diterjemah? hurm.. tahu tak maksud budaya, cultural, bi'ah tu apa?
BUDAYA maksudnya:

  • tamadun/ peradaban
  • kemajuan fikiran, akal budi
  • bersifat budaya, mengenai kebudayaan
*berdasarkan istilah dari Dewan Bahasa*

Pembahagian BUDAYA terbahagi kepada:
  • budaya IDEOLOGI - agama, kepercayaan, politik

  • Budaya EKOLOGI - mengkaji makhluk dan habitatnya (struktur alam)

*budaya melayu-pantai*
*budaya melayu-gunung ganang*

  • budaya SOSIAL: adat resam dan kepercayaan (pakaian dan kesenian dalam masyarakat)
  •  


































Zone Interaksi Nasyid Arab..~

Ummi..ibu..mak...emak..



Ummi yaa lahnan a'syaqohu(Ibu, lagu yang paling kugemari)
wanasyidan dauman ansyuduhu(irama yang selalu kudendangkan)
Fikulli makanin adzkuruhu(di mana sahaja, aku mengingatinya)
wa-azhollu azhollu uroddiduhu(selalu dan selalu aku nyanyikan...)
Ummi yaa ruuhi wa-hayati(Ibu, wahai jiwaku dan hidupku)
yaa bahjata nafsi wamunaati(pemberi kebahagiaan dan harapan)
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x(sekarang, juga di masa hadapan...)
Allohu ta'aala aushoni(Allah memerintahkan aku)
fissirri walau fil i'laani(dalam ku sendiri atau terbuka)
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x(supaya bersikap membahagiakan terhadapmu, dan mengasihimu...)
Ismuki manquusyun fi qolbi(Namamu wahai ibu terpahat di hatiku)
Hubbuki yahdini fi darbi(cintaku padamu membawaku ke jalan yang benar)
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x(dan doaku selalu, semoga Allah sentiasa menjagamu...)