Saturday 14 June 2014

Anda Mahu menjadi Penterjemah?

Nak jadi penterjemah bukan mudah. Ada syarat-syaratnya yang tertentu.. Jadi penterjemah ni kaya taw..boleh buat duit..expecially penterjemah dalam bidang arab.. tak caya cuba la! hihi..
Nak jadi penterjemah ni kena la pandai BAHASA SUMBER dan BAHASA SASARAN..

Okeh..ni syarat utama nak jadi Penterjemah.. :
 
Mengetahui bahasa sumber
Mengetahui bahasa sasaran
Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan
Mengetahui teori terjemahan
Mengetahui sasaran/khalayak pembaca 

Haa... bukan senangkan nk jadi penterjemah ..benda yang utama adalah kita kena tahu apa BAHASA SUMBER dan BAHASA SASARAN yang dikehendaki. Dan yang penting, kita kena tahu apakah BAHASA SASARAN kita..kepada siapakah? kanak-kanak? remaja? orang tua? 
Jika kepada kanak-kanak, kita mestilah terjemah menggunakan bahasa yang dapat difahami oleh kanak-kanak macam contoh Kisah Sang Kancil dan Buaya dan sebagainya.
Nak terjemah dari Arab ke Bahasa Melayu pon tidak boleh kita terjemah katawi (kata demi kata)..Oleh itu, kita kena betul2 faham teks barulah boleh kita terjemah sesuatu kisah ^___^
 Baiklah..setakat ni dahulu untuk post kali ini... Adakah terdapat dalam diri anda ciri-ciri or syarat PENTERJEMAH? Bolehlah gunakan keistimewaan tu untuk bekerja kat Institusi Terjemahan Negara.. byk dapat duit.. :)



No comments:

Post a Comment