Saturday, 14 June 2014

Nak Tahu Cara Menterjemah Bagaimana? Let's Started!

" jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah"
Okey.. sebelum ni saya dah post ttg bgaimana syarat-syarat nak jdi PENTERJEMAH kan?? Cukup tak syaratnya pada anda? sah? Alhamdulillah :) .. Baiklah kali ni kita lihat pulak bagaimana PROSES MENTERJEMAH pulak.. bukan main terjemah ja.. mesti ada prosesnya juga..

PERTAMA
  • Teks sumber - kalau nk jadi penterjemah kena la ada teks sumber...kalau tak nak terjemah apa.. hehe
KEDUA
  • Analisis teks - apa yg dimaksudkan dgn analisis? should do an experiment? Tajribah? eh..tak..tak.. analisis teks ni means kita sbg penterjemah kena la BACA dan FAHAM teks yg nak diterjemahkan tu.
KETIGA
  • Pemindahan - haaa..dah baca tu barulah berlakunya proses pemindahan..iaitu proses di mana kita perlu mencari padanan perkataan yang sesuai.
KEEMPAT
  • Penstrukturan semula - dan cari padanan perkataan setiap perkataan tersebut.. maka berlakulah penstrukturan ayat.. erti kata yg mudah..susun ayat di dalam bahasa sasaran dgn lbih faham.
KELIMA
  • Teks sasaran - ni proses yang terakhir..di mana penterjemah perlu menyesuaikan padanan terjemahan dengan teks sasaran yg dikehendaki.. Contohnya: teks sasaran tersebut kanak-kanak..maka bahasa sasaran perlulah dapat difahami oleh kanak-kanak. 
***Proses penterjemahan ini telah dibawa oleh dua orang tokok iaitu NIDA dan TABER ***

No comments:

Post a Comment