Saturday, 14 June 2014

JOM KENALI ALAT-ALAT BANTU TEJEMAHAN.

Kamus adalah sejenis bahan rujukan yang menerangkan tentang makna perkataan, ianya untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kadang-kadang terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna. 


Alat bantu terjemahan:- 

1) Jenis-jenis kamus.
2) Saiz kamus. 
3) Kamus khusus. 



JENIS-JENIS KAMUS:-

i) Kamus Ekabahasa. 
- padanan maksud perkataan dalam bahasa yang sama. 
- contoh: Kamus Dewan dan Qamus al-wasit.

ii) Kamus Dwibahasa. 
- padanan maksud perkataan dalam bahasa yang berbeza. 
- contoh: Kamus Arab-Melayu Dewan dan Kamus al-Marbawi.

iii) Kamus Aneka Bahasa/ Multi Bahasa. 
- padanan maksud perkataan dalam tiga bahasa atau lebih.
- contoh: Kamus Melayu-China-Inggeris. 



SAIZ KAMUS:- 

i) Kamus Mini.
- iaitu kamus saku dan tebalnya kurang dari 2 sm.

ii) Kamus Kecil.
- iaitu kamus saiz kecil dan biasa ditemui serta mudah untuk dibawa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu, Melayu-Inggeris. 

iii) Kamus Besar. 
- kamus ini biasanya memuatkan segala lesikal yang terdapat dalam sesuatu bahasa, contohnya Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 



KAMUS KHUSUS. 

i) Kamus Peribahasa. 

ii) Kamus Kata Nama Khas. 

iii) Kamus Terjemahan. 


Kamus amat penting kepada seseorang penterjemah sebagai alat bantu terjemahan.

Selamat menterjemah!!!

               




No comments:

Post a Comment