Menurut NIDA (1964):
Memperkenalkan 2 jenis padanan, iaitu padanan formal dan
padanan dinamis.
PADANAN FORMAL
Ø Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan
isi secara literal dan menepati makna sebagaimana penulis asal.
Ø Penterjemah akan menghasilkan semula beberapa elemen formal
termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan
makna mengikut konteks bahasa sumber.
Ø Sebagai contoh: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama,
kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.
Ø Selain itu, kedudukan ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan
seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa diubah susunan dan bentuknya.
Ø Pemeliharaan semua petunjuk formal seperti tanda baca,
pembahagian perenggan dan penanda puisi juga dititikberatkan dalam padanan ini.
Ø Padanan formal memberi tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi
tujuan keselarian dalam penggunaan perkataan – bermaksud menterjemah istilah
tertentu daripada bahasa sumber dengan
istilah yang sama.
PADANAN DINAMIS
Ø Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran dan penterjemah
tidak terikat dengan bentuk teks asal.
Ø Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri serta lebih
cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
Ø Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca
sasaran dengan sebaik-baiknya dan tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya
dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. Ianya lebih
mementingkan makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
Ø Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah
perlu:
◊
Membuat pengubahsuaian
dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada
kata nama kepada kata kerja misalnya.
◊
Penyesuaian leksikal ada
kalanya diperlukan.
◊
Menyesuaikan unsur
anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin.
Ø Padanan dinamik memberi impak yang jelas – ketepatan sesuatu
mesej dalam konteks tertentu tidak hanya bergantung pada pencarian padanan
formal yang melibatkan unsur-unsur bahasa sahaja, tetapi pengolahan dan
penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya bahasa sasaran juga
penting.
Nida (1964) juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan, iaitu:
◊
satu lawan satu
◊
satu lawan banyak
◊
banyak lawan satu
◊
satu lawan tiada
No comments:
Post a Comment